Legendary Entertainment telah mengumumkan yang Dune akan menerima bahagian kedua dan ia dijangka akan ditayangkan pada 20 Oktober 2023. Filem ini akan terus diedarkan oleh Warner Bros tetapi IP filem ini masih lagi dimiliki oleh Legendary.

Dune bahagian pertama sudah mula ditayangkan di pawagam bulan ini, dan ia juga sudah tiba HBO Max, sesuatu yang tidak diulang untuk bahagia kedua kelak, apabila Legendary Entertainment mengatakan yang ia akan tiba secara eksklusif di pawagam terlebih dahulu.

Denis Villeneuve pengarah untuk filem pertama juga berkemungkinan besar akan terus mengarah bahagian kedua ini. Bagi anda yang sudah tonton filem pertama, filem kedua ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia berakhir dengan sangat terbuka.

Dune merupakan filem berdasarkan novel berjudul sama yang ditulis oleh Frank Herbert dan diterbitkan pada tahun 1965. Filem pertama sudah ditayangkan di pawagam, dan setakat ini ia dilaporkan telah mengutip $223 juta (~RM924 juta) secara global.

Dune mempunyai potensi untuk menjadi filem terbaik tahun ini, dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Dune – Filem Pencuci Mata Dan Halwa Telinga Yang Sempurna Campuran Rempahnya.

Sohor Kini