Ted Lasso Mungkin Berakhir Dengan Musim Ketiga

Ted Lasso adalah siri komedi Apple TV+ yang memuaskan. Aku yang tidak minat bole sepak, gemar melayani siri TV ini dan banyak episod berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Siri ini juga menerima sambutan yang amat baik, sehinggakan ia menjadi antara siri yang paling ramai tonton di Apple TV+.

Baca ulasan kami di;

Ted Lasso mempunyai dua musim dengan pengesahan yang ia akan kembali untuk musim ketiga. Brett Goldstein iaitu pelakon watak Roy Kent yang dikenali sebagai watak dengan mulut celupar yang turut menulis untuk siri TV ini menyatakan siri ini ditulis dengan musim ketiga sebagai musim terakhir.

Ini kerana mereka merancang untuk Ted Lasso berlangsung sehingga tiga musim sahaja. Namun masih tidak pasti jika siri ini akan tamat dengan musim ketiga ataupun tidak. Tarikh siaran musim ketiga juga masih belum pasti bila, tetapi ia akan menjadi lebih lewat berbanding musim pertama dan kedua yang tiba pada bulan Ogos dan Julai.

Sementara menantikan ketibaan musim ketiga, kami turut menggalakkan anda tonton Severance yang cukup menarik, ngeri dan mengejutkan.

Baca: Ulasan Severance: Keseimbangan Hidup Dan Kerja Yang Menyeramkan

Sohor Kini