Selepas hak siaran siri TV Marvel di Netflix tamat, ramai mengharapkan yang Marvel Studios akan mengembalikan watak-watak siri TV Marvel Netflix ini dalam MCU. Setakat ini dua sudah pun masuk, iaitu Charlie Cox sebagai Matt Murdock dalam No Way Home dan Vincent D’Onofrio sebagai Kingpin dalam Hawkeye.

Kemudian sejak Mac lalu kedengaran yang Disney+ akan hadir dengan siri TV Daredevil baharu. Siri baharu Daredevil ini juga masih tidak jelas, sama ada adakah ia olahan semula atau terus bersambung daripada Marvel Netflix.

Terkini melalui Instagram Mike Colter, iaitu pelakon Luke Cage di Netflix sebelum ini – berkongsi imej beliau bersama dengan Krysten Ritter iaitu pelakon Jessica Jones. Kapsyen beliau adalah “L.C. + J.J. = Big Tease” dengan tanda tagar watak masing-masing, The Defenders dan Marvel.

Adakah mereka akan kembali memainkan watak sama dalam satu siri TV atau filem? Masih tidak jelas. Siri terbaru yang paling rapat dengan Kingpin adalah Echo, yang akan disiarkan tahun 2023. Adakah ini siri TV mereka?

Sementara menantikan kemunculan mereka, itu pun kalau benar – anda boleh saksikan di Disney+ Hotstar siri TV Daredevil (3 musim), Jessica Jones (3 musim), Iron Fist (2 musim), Marvel Punisher (2 Musim), Luke Cage (2 musim) dan juga Defenders (1 musim) bermula 29 Jun akan datang.

Sohor Kini