Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang siri-siri Marvel yang diterbitkan oleh Netflix sebelum ini akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 29 Jun 2022, selepas tidak lagi ditawarkan di Netflix pada bulan Februari lepas.

Siri-siri yang diumumkan adalah Daredevil (3 musim), Jessica Jones (3 musim), Iron Fist (2 musim), Marvel Punisher (2 Musim), Luke Cage (2 musim) dan juga Defenders (1 musim).

Buat masa ini hanya watak seperti Matt Murdock lakonan Charlie Cox dan Kingpin lakonan Vincent D’Onofrio disahkan akan kembali membawa watak tersebut di dalam MCU walaupun “versi” yang dibawa tidak disahkan lagi jika versi yang sama dengan siri Netflix.

Kedua-dua mereka pertama kali tiba melalui siri Daredevil yang sebelum ini dilaporkan juga akan menerima siri baharu di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini