Ura-ura mengenai Marvel Studios akan mengolah semula siri TV Daredevil sudah kedengaran sejak sebelum filem Spider-Man No Way Home lagi. Selepas Charlie Cox kembali sebagai Matt Murdock dalam No Way Home dan Vincent D’Onofrio kembali sebagai Kingpin dalam Hawkeye, ura-ura ini secara perlahan dikatakan adalah benar.

Variety baru-baru ini melaporkan yang Disney memang sedang membangunkan siri baharu Daredevil. Menurut mereka, Matt Corman dan Chris Ord akan menjadi penulis dan penerbit siri TV ini.

Buat masa ini masih tidak pasti bagaimanakah kisah Daredevil akan masuk dalam MCU. Ada kemungkinan, siri TV Echo watak ini boleh muncul dalamnya. Turut tidak pasti adakah ia satu olahan semula kisah Daredevil, atau satu kesinambungan terus daripada Daredervil Marvel Netflix yang akan disiarkan kembali dalam Disney+ Hotstar pada 29 Jun akan datang.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini