Siri Baharu Daredevil Sedang Dibangunkan Untuk Disney+

Production Weekly iaitu satu laman yang mengeluarkan senarai projek-projek filem dan juga siri TV yang sedang dibangunkan telah turut menyenaraikan ‘Daredevil Reboot’ sebagai salah satu siri yang sedang dibangunkan (dilaporkan oleh IGN).

Tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai siri tersebut, akan tetapi ia disenaraikan sebagai siri untuk Disney+ dengan Kevin Feige dan Chris Gary akan menjadi penerbit. Senarai pelakon juga tidak diumumkan akan tetapi Charlie Cox berkemungkinan besar akan menjadi Matt Murdock dan juga Daredevil.

Maklumat mengenai bagaimana siri ini akan dihasilkan semula juga tidak disahkan, adakah ia akan meneruskan penceritaan daripada siri Netflix ataupun memulakan sesuatu yang baharu, tetapi yang pasti ia akan menjadi sebahagian daripada MCU.

Sohor Kini