Siri TV Echo Akan Disiarkan Di Disney+ Pada Tahun 2023

Siri TV Dinsey+ yang baru sahaja tamat disiarkan adalah Moon Knight. Selepas Moon Knight, giliran Ms. Marvel pula akan disiarkan pada 8 Jun untuk memperkenalkan kepada dunia adiwira baharu MCU. Kemudian yang baru sahaja dilaporkan adalah She-Hulk kisah peguam dengan kuasa seakan Hulk tetapi wanita lakonan Tatiana Maslany akan disiarkan pula pada 17 Ogos akan datang.

Ada banyak lagi siri TV yang dirancang dan dijadualkan. Tetapi apa yang pasti dunia MCU semakin berkembang.

Siri TV Echo pula kini disahkan akan tiba pada tahun 2023. Siri TV ini akan menceritakan kisah Echo lakonan Maya Lopez dan turut akan terus bersambung daripada siri TV Hawkeye. Dalam Echo, kita akan lihat bagaimana ketua penjahat bisu ini beraksi dan bagaimana beliau berhubung semula dengan orang asal Amerika iaitu keluarga beliau.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini