Ketika populariti permainan berbentuk Battle Royale meningkat naik, salah satu permainan yang turut menjadi popular ketika itu adalah Rules of Survival.
Namun, dari hari ke hari, dengan penawaran seperti Free Fire dan juga PUBG Mobile yang popular, permainan Rules of Survival atau RoS ini semakin hilang popularitinya. Selain itu, ia juga terpalit dengan kontroversi bersama PUBG Mobile, dimana RoS disaman kerana menyerupai permua PUBG.
Kini, pembangunnya turut mengumumkan mereka akan menamatkan permainan tersebut sepenuhnya pada 27 Jun 2022 kelak.
Selepas tarikh berkenaan, pemain tidak lagi boleh mengakses akaun dan watak dalam permainan berkenaan – dimana ia akan dipadam sepenuhnya.