Informasi Permainan Video Terkini
Rules of Survival Menjana Pendapatan Sebanyak RM310 juta Sejak Dikeluarkan

Rules of Survival Menjana Pendapatan Sebanyak RM310 juta Sejak Dikeluarkan

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Rules of Survival merupakan antara permua pertempuran royale yang terawal. Ia hadir untuk peranti pintar lebih awal berbanding PUBG dan Fortnite. Ia pertama kali dikeluarkan secara beta pada November tahun lepas.

Berdasarkan laporan dan anggaran Sensor Tower, permua tersebut telah menjana pendapatan sebanyak $75 juta(~RM310 juta) sejak dikeluarkan. China merupakan penyumbang terbanyak iaitu 32% dan diikuti oleh Amerika Syarikat 20%.

Permua ini juga sekarang sudah dimuat turun sebanyak 80 juta kali dan memperlihatkan peningkatan dari segi pendapatan pada bulan-bulan yang lepas.


TIPS & ULASAN