Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Memfailkan Saman Ke Atas Pembangun “Rules of Survival”

PUBG Memfailkan Saman Ke Atas Pembangun “Rules of Survival”

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG merupakan salah satu permainan bergenre Battle Royale yang popular dan hangat diperkatakan ramai sejak tahun lepas. Pengenalan PUBG Mobile yang sedikit lewat, membuatkan beberapa permainan yang lebih kurang sama hadir daripada penerbit ketiga – dan kini penerbit PUBG dilihat mengambil tindakan terhadapnya.

Terkini, pembangun permainan PUBG dilihat telah memfailkan saman ke atas penerbit permainan “Rules of Survival” dan juga “Knives Out”, iaitu NetEase.

PUBG mengatakan dua permua berkenaan telah diterbitkan sebelum permua PUBG Mobile, dan kedua-duanya meniru sejumlah elemen permainan PUBG tanpa kebenaran. Melalui dokumen 155-muka surat, PUBG menyertakan sejumlah elemen yang ditiru, daripada bangunan, kenderaan, pakaian, senjata, malah termasuk slogan pemenang “Winner Winner Chicken Dinner”.

Ia dikatakan yang mana penggunaan pelbagai elemen ini mengelirukan pengguna, dan ada yang menganggap Rules of Survival dan Knives Out seperti permainan yang dibangunkan PUBG.

Melalui pemfailan saman ini, PUBG dilihat memohon mahkamah untuk mengarahkan permua NetEase ini dibuang, selain turut menganugerahkan PUBG dengan pampasan.


TIPS & ULASAN