Epic Games, salah satu firma yang terkenal dengan penawaran permainan percuma melalui Epic Games Store, penawaran permainan Fortnite, dan juga enjin permainan Unreal Engine, kini mengatakan mereka telah meraih dana sebanyak $2 biilion daripada beberapa pelabur.

Antara pelabur yang melabur pada Epic Games ini adalah termasuk Sony dan Lego Group. Menariknya, pengumuman peraihan dana ini hadir selepas Epic dan Lego mengumumkan bakal membangunkan metamesta mesra kanak-kanak baru-baru ini.

Dengan suntikan dana terbaru ini, ia sekalligus membawa nilai Epic Games kepada $31.5 bilion.

Sohor Kini