Epic Games kini telah pun memperkenalkan Unreal Engine 5 yang hadir dengan sejumlah penambah-baikkan, termasuk paparan grafik yang lebih foto-realistik. Disamping itu, ia juga kini membolehkan pembangun permainan untuk menyertakan sistem geometrik menyeluruh untuk pembangunan permainan.

Dengan penawaran ini, ia membolehkan para pembangun permainan dan animasi hadir dengan aset 3D yang lebih realistik dan pada kualiti tinggi.

Pengenalan ini juga akan membawa lebih banyak permainan dijana dengan enjin Unreal Engine 5 ini hadir ke pasaran. Buat masa ini, Fortnite sedia menggunakan enjin terbaru ini, selain Tomb Raider baru juga akan hadir dijana enjin ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun enjin ini dan menggunakannya dalam pembangunan anda hari ini.

Sohor Kini