Epic Games dan LEGO hari ini mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya kedua-dua akan membentuk masa depan metamesta yang selamat dan menarik untuk kanak-kanak.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak akan membangunkan pengalaman digital yang mesra keluarga, disamping memberikan akses kepada kanak-kanak dalam menghasilkan kandungan dan sebagainya.

Kedua-dua pihak mempunyai kepakaran masing-masing yang dijangka akan digunakan dalam menjayakan perkara ini. Epic Games sendiri mempunyai pengalaman meluas dalam arena dunia digital, disamping turut pernah mengambil-alih syarikat SuperAwesome yang memfokuskan kandungan dan penawaran teknologi untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.

Dengan pengumuman ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibawakan oleh kedua-dua pihak ini tidak lama lagi.

Sohor Kini