Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih studio permainan video iaitu Boss Fight Entertainment yang sebelum ini telah melancarkan permainan mudah alih Dungeon Boss.

Ini merupakan studio ketiga yang diambil-alih oleh Netflix di dalam usaha mereka untuk mengembangkan lagi penawaran permainan video di dalam perkhidmatan penstriman mereka. Netflix tidak mengumumkan kos pengambil-alihan ini.

Dua studio lain yang diambil alih sebelum ini adalah Night School Studios dan Next Games.

Boss Fight Entertainment ditubuhkan pada tahun 2013 oleh David Rippy, Bill Jackson dan Scott Winsett yang akan terus mengekalkan jawatan mereka selepas pengambil-alihan ini. Mereka dikatakan mempunyai 130 pekerja.

Sohor Kini