Netflix Games telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan tiga lagi permainan mudah alih yang boleh dimainkan secara percuma oleh pelanggan Netflix di iOS dan juga Android. Tiga permainan tersebut adalah This is a True Story, Shatter Remastered dan Into the Dead 2: Unleashed.

This is a True Story iaitu permainan oleh Frosty Pop dengan kerjasama bersama dengan Charity: Water iaitu badan kebajikan yang memfokuskan kepada menyedia air bersih di negara-negara Afrika. Ia adalah permainan tekaria yang turut menyertakan penceritaan mengenai kesukaran keluarga di Afrika.

Manakala Shatter Remastered dan Into the Dead 2: Unleashed adalah permainan oleh PikPok kedua-dua adalah permainan menembak, Shatter Remastered sebelum ini dilancarkan untuk PS3.

This is a True Story dan Shatter Remastered akan tiba bermula pada minggu ini, manakala Into the Dead 2: Unleashed akan tiba di masa hadapan.

Netflix Games adalah penawaran tambahan yang diberikan kepada pelanggan Netflix, ia menyediakan pelbagai permainan mudah alih. Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan Next Games iaitu pembangun Stranger Things : Puzzle Tales, dan Walking Dead : Our World.

Sohor Kini