Netflix Mengambil-Alih Pembangun Oxenfree, Night School Studio

Netflix telah mengumumkan yang sebagai langkah seterusnya untuk menyertai industri permainan video, mereka telah mengambil-alih Night School Studio iaitu pembangun untuk permainan seperti Oxenfree, Afterparty dan Next Stop Nowhere.

Baca: Netflix Akan Mula Menawarkan Permainan Video Tahun Depan

Sean Krankel iaitu pengasas bersama untuk Night School Studio juga telah berkongsi mengenai pengambil-alihan tersebut di mana beliau mengatakan yang Netflix akan terus mengekalkan visi kreatif dan juga budaya studio mereka.

Dengan penglibatan Netflix, Sean Krankel mengatakan yang Night School Studio dapat mengembangkan lagi penceritaan di dalam permainan video.

Beliau juga mengesahkan yang Oxenfree 2 akan terus dibangunkan. Oxenfree 2 The Lost Signal diumumkan ketika Nintendo Indie World lepas dan akan dikeluarkan untuk PS4, PS5, Switch dan PC sekitar tahun ini.

Sohor Kini