Netflix akhirnya berkongsi treler untuk The Adam Project selepas mengacah kehadiran filem ini sejak tahun lepas lagi. Filem ini pada awalnya dikatakan menggunakan konsep seorang dewasa yang ingin menjadikan impian dan imaginasi seorang kanak-kanak realiti.

Filem ini mengisahkan Adam Reed lakonan Ryan Reynolds sebagai seorang pilot yang merentas masa daripada masa hadapan dan kapal masa beliau terhempas ke tahun 2022. Adam bertemu dengan diri beliau yang berusia 12 tahun dan cuba menyelamatkan dunia serta turut cuba membaiki hubungan dengan bapa beliau.

Filem ini diarahkan oleh Sam Levy dan dihasilkan oleh studio sama yang menjayakan filem Free Guy. Ia akan disiarkan di Netflix pada 11 Mac akan datang.

Sohor Kini