Skip to main content

Selepas Disney mengambil alih Fox, ramai risaukan nasib francais filem Deadpool. Filem Deadpool adalah filem Marvel di bawah Fox yang ada kaitan dengan dunia X-Men dari Fox. Kini sudah ada dua filem, dan filem ketiga adalah filem yang ramai nantikan. Perkara yang peminat risau adalah, jika Disney yang menghasilkan filem ini – adakah ia akan kekal ganas (18+) atau mesra kanak-kanak seperti versi edisi khas PG-13?

Filem ketiga telah pun disahkan akan dihasilkan oleh Marvel Studios, yang mana akan dikendalikan oleh Kevin Feigi. Terkini laporan dari Deadline menyatakan filem ini akan menerima penulis baharu dan akan kekal menjadi filem untuk tontonan dewasa (ganas, 18+). Ryan Reynolds dikatakan telah bersama dengan beberapa penulis dan pasangan penulis Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin (penulis siri animasi Bob Burger’s) menjadi pilihan kenara menepati citarasa.

Filem pertama ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick. Filem kedua ditulis oleh orang yang sama disertai oleh Ryan Reynolds sendiri. Kini filem ketiga pasangan Molyneux akan menggantikan mereka dengan masih mengekalkan Ryan Reynolds sekali. David Lietch iaitu pengarah filem kedua dikatakan tidak akan mengarah filem ketiga ini. Jadual beliau sibuk sehingga 2021 dan beliau juga tidak terlibat dengan sesi pemilihan penulis baru. Jadi, akan ada pengarah baru dilantik.

Dengan kejayaan Kevin Feigi memasukkan Spider-Man dalam MCU, ada kemungkinan besar filem ini akan menyertai dunia filem Marvel yang epik ini. Walaupun filem ini akan kekal ganas, mungkin ia terhad di pawagam dan di Disney+ akan hadir versi PG-13.

Disebabkan pasukan Deadpool yang sama masih terlibat dengan filem ini, Deadpool 3 mungkin akan kekal menjadi filem hebat. Tetapi menurut Rob Liefeld, filem ini akan tiba lewat. Mungkin 2 tahun selepas ia siap dihasilkan atau lebih lewat.

Leave a Reply