Warner Bros. bakal hadir dengan filem aksi nyata pertama Batgirl, yang mana menurut laporan akan diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah iaitu pengarah Bad Boys For Life. Filem ini akan memfokuskan kepada watak Barbara Gordon sebagai anak didik Batman menjadi adiwira di waktu malam.

Penulis skrip filem ini adalah Christina Hodson, iaitu pengarah sama untuk The Flash dan Birds of Prey. Filem Batgirl ini akan disiarkan di HBO Max dan J.K. Simmons dikatakan akan kembali sebagai Commissioner Gordon dalam filem ini. Lebih menarik, Brendan Fresar yang kini sedang berlakon sebagai Cliff Steele / Robotman dalam Doom Patrol turut dikatakan akan berlakon sebagai Firefly dalam Batgirl.

Laporan mengejutkan yang tiba baru-baru ini adalah, Michael Keaton dikatakan akan turut kembali sebagai Batman dalam filem Batgirl. The Flash adalah DCEU, ada juga Michael dan beliau ada juga dalam ini – adakah bermakna dunia DCEU semakin berkembang? Adakah Warner Bros. mempunyai harapan jika ia bukan #RestoreTheSnyderVerse?

Sohor Kini