Watak Batgirl versi aksi nyata kali terakhir muncul di layar perak adalah dalam filem Batman & Robin serta siri TV pada tahun 1960-an. Watak ini dilakonkan oleh Alicia Silverstone dan Yvonne Craig. Untuk siri TV dan filem yang moden, masih tiada lagi Batgirl – hanya khabar angin sahaja selama ini.

Zack Snyder ada perancangan untuk filem ini, tetapi kita tahu #RestoreTheSnyderVerse seakan tiada harapan dan Warner Bros. pun ada visi yang berbeza untuk menjayakan watak-watak DC mereka. Tahun 2018, sebuah filem Batgirl dengan arahan Joss Whedon turut kedengaran, tetapi Joss menarik diri. Terkini, masa hadapan bagi filem solo Batgirl mula menjadi cerah apabila Warner Bros. telah menemui pengarah bagi filem ini.

Adil El Arbi dan Bilall Fallah adalah duo pengarah tersebut. Mereka berdua adalah yang bertanggungjawab menjayakan filem Bad Boys For Life, menjadi antara filem hangat Box Office tahun 2020. Kedua-dua pengarah ini akan mengarah filem aksi nyata Batgirl mengikut skrip daripada Christina Hodson dan filem ini akan diterbit oleh Kristin Burr. Filem ini juga dikatakan adalah filem untuk HBO Max, jadi tidak pasti dunia manakah filem ini berada. Adakah DCEU dunia baru? Dunia The Batman oleh Matt Reeves?

Filem ini akan fokus kepada watak Barbara Gordon, anak ketua polis bandar Gotham – James Gordon. Sinopsis, pelakon dan tarikh siaran masih belum didedahkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini