J.K. Simmons adalah seorang pelakon yang cukup terkenal. Dalam dunia perfileman adaptasi komik, beliau lebih dikenali dengan memainkan watak J. Jonah Jameson dalam trilogi filem Spider-Man daripada Sam Raimi serta menjadi hos berita dalam francais filem Spider-Man versi Tom Holland.

Tetapi, itu adalah untuk peminat Marvel. Pemionat DC akan mengenali beliau sebagai Commissioner Gordon yang muncul dalam filem Justice League pada tahun 2017 dan mempunyai adegan tambahan dalam Zack Snyder’s Justice League. Terkini menurut THR, beliau akan kembali memainkan watak sama dalam filem Batgirl khusus untuk siaran di HBO Max.

Filem ini akan diarahkan oleh pengarah Bad Boys for Life, Adil El Arbi dan Bilall Fallah, dengan skrip daripada penulis yang sama menulis untuk filem The Flash akan datang – Christina Hodson yag turut bertanggungjawab untuk filem Birds of Prey.

Menurut J.K. Simmons, bekiau telah menandatangani perjanjian untuk tiga filem DC dan berharap akan kembali tidak lama lagi. Sinopsis dan butiran lanjut filem Batgirl masih belum didedahkan. Dengan DCEU yang boleh dikatakan serabut dan tidak konsisten – Warner Bros. dilihat akan memberi fokus kepada dunia Batman Universe. Bermakna setiap projek berkait dengan Batman akan ada dunia tersendiri atau garis masa berlainan.

Setakat ini dalam sejarah Lyle Talbot pada tahun 1949 telah memainkan watak ini dalam Batman and Robin, Neil Hamilton dalam siri TV 1960-an, Pat Hingle dalam filem Tim Burton, Joel Schumacher dalam francais Batman lain, Gary Oldman dalam trilogi The Dark Knight, Ben McKenzie dalam siri TV Gotham dan yang terkini Jeffrey Wright dalam filem Batman arahan Matt Reeves.

Sohor Kini