Deadline telah melaporkan yang Brendan Fraser akan menjadi pelakon di dalam filem Batgirl, walaupun tidak disahkan, mengikut sumber beliau dikatakan akan membawa watak penjahat Firefly.

Brendan Fraser adalah antara bintang filem yang kita boleh katakan melalui proses untuk kembali menjadi sebutan pada tahun ini, setelah lama menyepi di atas sebab peribadi. Beliau juga pernah terlibat dengan IP DC iaitu sebagai Robotman di dalam siri TV Doom Patrol.

Batgirl merupakan filem oleh DC dan Warner Bros yang akan dikeluarkan secara eksklusif melalui HBO Max, ia akan diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah iaitu pengarah untuk Bad Boys for Life. J.K. Simmons juga dilaporkan akan menjadi Commissioner Gordon di dalam filem ini.

Sohor Kini