Akhirnya Treler Pertama Filem The Flash Dipertontonkan

Selepas berkali-kali tunda, filem solo The Flash lakonan Ezra Miller akhirnya menjadi realiti. Pengarah filem ini turut mengacah pelbagai kehadiran adiwira lain dalam filem ini, Michael Keaton disahkan akan kembali sebagai Batman, dan banyak lagi yang akan berlaku.

Di acara DC FanDome 2021, treler pertama filem ini diperlihatkan. Ia hanya pendek sahaja, kerana menurut Ezra Miller filem ini masih lagi berada dalam sesi penggambaran.

Berdasarkan treler, filem ini dilihat benar-benar mengikut konsep Flashpoint di mana The Flash pergi ke masa silam dan turut mungkin masuk ke dunia lain untuk bertemu dengan adiwira lain. Disebabkan masalah berlaku, atas sebab sendiri – beliau turut bertemu dengan Batman yang dilihat adalah versi Michael Keaton untuk menyertai pasukan adiwira beliau memulihkan kembali keadaan.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun hadapan 4 November 2022.

Sohor Kini