Apple Arcade telah mengumumkan yang permainan MOBA Disney Melee Mania akan tiba di perkhidmatan tersebut esok iaitu 17 Disember 2021. Seperti kami kongsi sebelum ini,Disney Melee Mania dibangunkan oleh Mighty Bear Games iaitu pembangun dari Singapura yang sebelum ini hadir dengan permainan Butter Royale, juga untuk Apple Arcade.

Ia adalah permainan 3 lawan 3 yang boleh dimainkan secara dalam talian dan pemain boleh menggunakan pelbagai watak daripada Disney seperti Wreck-It Ralph, Elsa, Mickey Mouse, Frozone, Moana, dan Buzz Lightyear dengan pelbagai watak lagi akan disertakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan Nickelodeon Extreme Tennis akan tiba di Apple Arcade tidak lama lagi, ia adalah permainan arked tenis dan pemain boleh menggunakan pelbagai watak popular seperti SpongeBob, Angelica, Arnold, Michelangelo, dan Garfield. Spades: Card Game dan Hearts: Card game juga akan tiba tidak lama lagi.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Leave a Reply