Apple Arcade hari ini telah mengumumkan yang Disney Melee Mania iaitu permainan pertempuran Arena berdasarkan watak-watak Disney akan tiba di perkhidmatan tersebut pada bulan Disember ini.

Disney Melee Mania dibangunkan oleh Mighty Bear Games iaitu pembangun dari Singapura yang sebelum ini hadir dengan permainan Butter Royale, juga untuk Apple Arcade.

Semasa pelancaran ia akan menyertakan 12 watak dari Disney dan juga Pixel seperti Wreck-It Ralph, Elsa, Mickey Mouse, Frozone, Moana, dan Buzz Lightyear, lebih banyak watak akan disertakan dari semasa ke semasa.

Selepas pemain memilih watak yang setiapnya akan mempunyai kebolehan tersendiri, pemain akan memasuki arena untuk melakukan pertempuran 3 lawan 3 secara dalam talian. Selain mengejar untuk menjadi juara, pemain juga akan mendapat pelbagai ganjaran di dalam permainan.

Mighty Bear Games juga mengumumkan yang Disney Melee Mania akan menyokong teknologi ProMotion di iPhone 13 dan juga iPad Pro untuk memberi kadar kelancaran sehingga 120FPS.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini