Bagi anda yang merasa bilangan permainan di Apple Arcade masih lagi tidak mencukupi citarasa genre permainan anda, terkini anda mungkin berminat dengan permainan baharu yang baru sahaja dilancarkan hujung minggu ini iaitu Butter Royale.

Butter Royale merupakan permainan pertempuran Royale yang memfokuskan sebanyak 32 pemain di satu lokasi yang luas dan pemain akan bertempur sesama sendiri untuk berebut juara. Menariknya, permainan ini menyertakan tema pertempuran Royale yang sangat comel dengan memfokuskan tema makanan dengan pelbagai senjata seperti Bazooka roti, mesingan sos cili dan sebagainya.

Seperti kebanyakan permainan pertempuran Royale yang lain, permainan ini juga memerlukan pemain untuk mencari senjata yang terletak di kawasan permainan dan bentuk multi-pemain secara solo dan berpasukan juga disertakan. Pembangun juga menjanjikan pelbagai kandungan lain akan disertakan mengikut musim pada masa akan datang.

Menariknya juga, permainan ini juga menyertakan mod luar-talian, sekaligus bagi pemain yang ingin bermain tanpa bertempur dengan pemain lain, anda juga boleh berbuat demikian.

Butter Royale dibangunkan oleh Mighty Bear Games iaitu pembangun daripada Singapura di mana sebelum ini mereka pernah melancarkan permua Mighty Pets & Puzzles di Android.

Kami juga berkesempatan untuk mencuba permua ini dan boleh dikatakan ianya mempunyai satu bentuk permainan yang sangat menarik dan mudah untuk dimainkan, terutamanya buat mereka yang meminati genre pertempuran Royale. Selain itu, visual grafiknya juga sangat comel dan memandangkan ia boleh dimainkan secara multi-pemain, semestinya ia adalah satu permua yang menarik untuk dimainkan bersama rakan-rakan.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda memuat-turun permua ini melalui langganan Apple Arcade.

Muat-Turun: Butter Royale

Sohor Kini