505 Games bersama dengan One More Level, All In! Games, 3D Realms, dan Slipgate Ironworks telah mengumumkan yang DLC terbaru untuk permainan aksi mereka Ghostrunner iaitu Project_Hel yang akan dikeluarkan pada 27 Januari 2022.

Melalui penambahan ini, pemain akan mengawal watak baharu iaitu Hel yang merupakan antara bos penjahat di dalam permainan asal. Pemain akan memasuki Menera Dharma untuk melakukan misi dirinya sendiri. Hel lebih memfokuskan kepada pertempuran dan boleh diserang beberapa kali sebelum mati berbeza dengan permainan asal yang terus mati.

Jika pemain ingin mencuba DLC ini lebih awal, mereka juga telah membuka pendaftaran untuk mencuba versi beta tertutup. Pemain yang terpilih akan disenaraikan di dalam kredit Project_Hel. Anda boleh mendaftar melalui pautan ini.

Mereka juga mengumumkan yang barangan kosmetik bersempena dengan sambutan Krismas akan tiba secara percuma pada 7 Disember ini. Ghostrunner sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Ghostrunner merupakan antara permainan terbaik pada tahun lepas dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghostrunner – Permainan Aksi Parkour Ninja Cyberpunk Yang Sangat Mencabar

Sohor Kini