Pada minggu lepas, kami telah melaporkan yang EA Sports sedang melihat kemungkinan yang permainan simulasi bola sepak mereka tidak lagi akan menggunakan jenama FIFA, satu nama yang digunakan sejak 28 tahun yang lepas.
EA tidak berkongsi mengapa mereka mengambil keputusan tersebut akan tetapi berdasarkan laporan oleh New York Times, ia mungkin berkait dengan Organisasi Bola Sepak Dunia, FIFA telah meminta $1 bilion untuk setiap 4 tahun daripada EA.
Jumlah tersebut dikatakan dua kali ganda lebih mahal berbanding perjanjian sebelum ini. Selain daripada itu, FIFA juga ingin had-kan penggunaan nama mereka kepada permainan sahaja, sedangkan EA merancang untuk memperluaskan lagi pengunaannya termasuk juga bagi penawaran NFT.
EA dikatakan telah mendaftar tanda dagang untuk nama EA Sports FC yang mungkin antara nama yang akan menjadi persedian jika mereka dan FIFA tidak dapat mencapai kata sepakat.
Walau-apapun, EA juga mengatakan yang perjajina mereka dengan FIFA tidak akan melibatkan lesen penggunaan nama dan juga wajah pemain, kerana ia dilakukan melalui perjanjian berbeza dengan persatuan seperti FIFPro dan juga dengan kelab-kelab serta pemain tersendiri.
Permainan terbaru bagi siri ini iaitu FIFA 22 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. EA sebelum ini juga telah mengatakan yang permainan tersebut telah memecah pelbagai rekod.
Baca: Ulasan FIFA 22 – Penambahan Sederhana, Masih Lagi Pilihan Terbaik