EA Sports melalui perkongsian di blog rasmi mereka telah mengumumkan yang pelancaran FIFA 22 adalah satu kejayaan selepas memecah pelbagai rekod. Setakat ini, FIFA 22 telah mempunyai 9.1 juta pemain, 7.6 juta pasukan Ultimate Team dihasilkan dan sudah terdapat 460 juta perlawanan.

Di perkongsian yang sama, mereka juga mengatakan sedang menilai penggunaan jenama FIFA yang merupakan satu perkara yang berbeza dengan lesen-lesen yang diperoleh untuk menggunakan nama-nama pemain, kelab dan juga kejohanan.

Seperti kita sedia maklum, FIFA merupakan nama organisasi bola sepak dunia, yang telah menjadi sinonim dengan permainan bola sepak oleh EA ini. Jika mereka merancang untuk tidak lagi menggunakan jenama tersebut, ada kemungkinan yang FIFA meminta bayaran yang lebih tinggi ataupun EA merasakan lagi nama tersebut tidak lagi penting untuk penerimaan permainan mereka.

FFIFA 22 sudah dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Bagi Switch ia akan menerima Legacy Edition manakala PS4, Xbox One dan PC tidak akan menerima teknologi HyperMotion.

Sohor Kini