Gearbox Software hari ini telah mengumumkan yang Randy Pitchford bukan lagi memegang jawatan Presiden untuk studio Borderlands 3 tersebut, sebaliknya Steve Jones iaitu sebelum ini merupakan Pegawai Eksekutif Teknikal akan menjadi presiden baharu.

Namun, Randy Pitchford yang juga pengasas, akan terus menjadi Presiden/CEO untuk Gearbox Entertainment iaitu syarikat induk buat Gearbox Software. Beliau juga masih lagi memegang jawatan Presiden untuk Gearbox Studios yang bertanggungjawab untuk filem serta siri untuk IP mereka.

Gearbox Entertainment sebelum ini telah menyertai Embracer Group dengan kos ambil-alih $1.3 bilion (~RM5.26 bilion).

Gearbox Software akan hadir dengan permainan sampingan untuk Borderlands 3 iaitu Tiny Tina’s Wonderlands, manakala Gearbox Studios bakal hadir dengan filem Borderlands yang sebelum diumumkan telah siap penggambaran. Filem tersebut akan dibintangi oleh Jack Black, Cate Blanchett, dan Kevin Hart.

Sohor Kini