Gearbox Menjadi Studio Di Bawah Embracer Group Secara Rasmi

Pada awal Februari lepas, Embracer Group telah mengumumkan yang mereka telah memulakan proses pengambil-alihan Gearbox Entertainment dan Gearbox Software dengan kos $1.3 bilion (~RM5.26 bilion). Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang proses tersebut telah selesai dan Gearbox menjadi sebahagian daripada Embracer Group secara rasmi.

Gearbox Software merupakan studio pembangunan permainan video yang ditubuhkan sejak tahun 1999 lagi, mereka terkenal dengan siri permainan seperti Brothers in Arms dan juga Borderlands. Mereka kemudian menubuhkan Gearbox Publishin yang memfokuskan kepada penerbitan permaian. Sebelum ini mereka telah menerbitkan permainan seperti Risk of Rain 2 dan Hello Neighbor.

Embracer Group sejak beberapa tahun lepas telah mengambil alih beberapa studio pembangunan dan juga penerbitan permainan video antaranya adalah THQ Nordic, Saber Interactive, dan Koch Media ataupun Deep Silver.

Sohor Kini