Siri permainan video Borderlands dilaporkan sebelum ini akan hadir dengan sebuah adaptasi filem oleh Lionsgate, dan akan menggunakan watak-watak daripada permainan tersebut seperti Lilith, Tiny Tina, Krieg, Tannis dan Claptrap.

Filem ini akan dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Jack Black, Cate Blanchett, Kevin Hart dan sebagainya, dan laporan terbaru mengatakan bahawa penggambaran adegan-adegan untuk filem tersebut telahpun siap dirakam.

Jalan cerita filem Borderlands juga dilihat akan hadir dengan jalan cerita mereka sendiri dimana kumpulan watak-watak ini perlu mencari anak perempuan Atlas, yang mana jika anda bermain permainan ini, ialah pemilik syarikat pembuat senjata dengan nama yang sama, yang dikatakan ialah watak paling berkuasa di dunia.

Dalam pada itu, Lionsgate juga telah memperlihatkan sedikit gambar acah watak Claptrap yang dimainkan oleh Jack Black. Projek filem ini yang diperkenalkan sejak 2015 hanya memulakan penggambaran pada tahun lepas. Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam kelak.

Sohor Kini