Night School Studio ketika Nintendo Indie World telah mengumumkan yang permainan susulan Oxenfree iaitu Oxenfree II Lost Signal akan dilancarkan untuk PC dan Nintendo Switch pada tahun 2021.

Melalui perkongsian di PlayStation Blog pula, mereka telah mengumumkan permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan kedua ini akan meneruskan penceritaan dari permainan pertama yang bertempatkan di pulau misteri Camena. Ia akan mengikut watak Riley Poverly yang telah menjadi Pembantu Penyelidik untuk satu universiti yang ingin mengkaji mengenai kejadian aneh yang berlaku di pulau tersebut.

Buat masa ini, Oxenfree II masih disenaraikan untuk tiba pada tahun ini di Steam dan juga Nintendo eShop, manakala di pengumuman untuk PS4 dan PS5 ia sekadar mengatakan “Akan Datang”. Namun, berkemungkinan besar ia akan tiba pada tarikh yang sama untuk kesemua platform.

Sohor Kini