Netflix Akan Mula Menawarkan Permainan Video Tahun Depan

Pada Mei lepas, telah dilaporkan yang Netflix sedang mencari eksekutif untuk mengetuai bahagian pembangunan permainan video mereka, sebagai langkah pertama mereka untuk memperluaskan penawaran daripada siri TV dan filem dengan melibatkan juga permainan video.

Hari ini, berdasarkan laporan oleh Bloomberg, Netflix telah melantik Mike Verdu untuk menjadi Naib President Pembangunan Permainan Video. Beliau telah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri ini. Sebelum menyertai Netflix, beliau merupakan Naib Presiden untuk Kandungan AR/VR di Facebook dan juga pernah menjadi Naib Presiden untuk EA Mobile.

Netflix juga dilaporkan akan mula menyertakan permainan video di dalam Netflix bermula pada tahun depan, seperti percubaan mereka sebelum ini iaitu Minecraft: Story Mode, permainan ini akan dipaparkan bersama dengan siri TV dan juga filem dan bukan di perkhidmatan yang berbeza. Ia juga tidak akan memerlukan bayaran tambahan, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sohor Kini