Loki sudah pun tamat disiarkan pada 14 Jun lepas, dengan enam episod keseluruhan. Siri TV ini adalah kesinambungan kepada filem Avengers: Endgame, di adegan Loki mencuri Tesseract dan larikan diri di garis masa Battle of New York. Siri TV ini berakhir dengan kejutan , iaitu pelakon musuh utama Ant-Man 3 didedahkan – Jonathan Majors a.k.a Kang The Conqueror.

Pengarah siri TV ini iaitu Kate Herron mengesahkan di Deadline, yang beliau tidak akan terlibat untuk Loki musim kedua yang telah disahkan. Beliau telah membawakan banyak perubahan pada dunia MCU melalui rentas-masa dan rentas-dunia, serta beliau juga telah mengubah watak Loki kepada satu perwatakan baru serta membawa atak baru seperti Sylvie dan Mobius kepada dunia MCU.

Beliau menyatakan yang beliau akan fokus untuk hal peribadi. Sementara tiada informasi lain siapakah pengarah untuk siri TV Loki musim kedua akan datang.

Melalui Hollywood Reporter, Kate menyatakan perbincangan siri TV Loki berlaku serentak dengan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania bersama pengarah Peyton Reed. Jadi, penampilan Jonathan Majors seagai He Who Remains dalam Loki S01E06 adalah sudah dirancang dan merupakan salah satu variant Kang of the Conqueror yang akan muncul dalam filem baharu MCU.

Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole

Sohor Kini