Akhirnya, selepas sekian lama menantikan filem MCU baharu – dua tahun sepi Marvel tidak sajikan kita dengan filem superhero mereka. Kali terakhir selepas Endgame, tayangan filem MCU tamat dengan Spider-Man: Far From Home pada tahun 2019. Tahun lepas sepatutnya Black Widow ditayangkan, tetapi pandemik menghalang – ia tunda. Di Malaysia, filem ini tunda sehingga 29 Julai akan datang. Tetapi sesiapa yang ada akses Disney+ Amerika Syarikat, filem ini bole dibeli pada harga $29.99 di atas langganan bulanan $7.99.

Melalui akses ini, Black Widow boleh distrim serentak dengan tayangan di Amerika Syarikat dan juga awal tiga bulan – sebelum ia tiba di dalam Disney+/Dissney+ Hotstar tanpa bayaran. Dalam artikel ini, ia lebih kepada pendapat aku sendiri mengenai filem origin atau filem solo asal-usul dalam MCU. Adakah kita perlukan lebih banyak filem begini? Atau adakah patut kita diberikan siri TV Disney+ sahaja?

Selepas dua kali menonton Black Widow, kali pertama adalah untuk tujuan ulasan. Tetapi tayangan di Malaysia tunda, ulasan pun akan ditunda agar kelak bersemangat untuk tonton filem ini di pawagam. Jawapn aku, ya!. Disney dan Marvel Studios patut hadir dengan lebih banyak filem seperti ini. Atau lebih banyak siri TV dengan penceritaan seperti Black Widow.


Legasi Watak Diteruskan

Natasha Romanoff/Black Widow adalah antara watak yag digemari ramai. Dukacitanya, watak ini mati dalam Avengers: Infinity War selepas korbankan diri untuk memperoleh Soul Stone dariapda Red Skull di Vormir. Ini menjadikan ramai peminat sedih dan risau akan masa depan watak ini.

Seperti Iron Man, Captain America – jika watak sudah mati atau tua legasi akan dikekalkan dengan mencari pengganti. Captain America versi Steve Rogers ada Sam Wilson, Black Widow versi Natasha Romanoff mungkin akan digantikan dengan Yelena Belova. Vision pun ada baru, Ironheart pun akan ada siri TV – legasi watak popular boleh diteruskan selagi studio yang tidak lupakannya.

Seperti Black Widow, tidak banyak pun sebenarnya didedahkan dalam filem ini. Persoalan apa yang berlaku di Budapest yang selama ini dibualkan dalam filem-filem MCU – hanya sekelip mata sahaja dijelaskan dalam filem ini. Penglibatakan Jeremyt Renner dalam filem ini pun tiada.

Sebaliknya, filem ini hanya memperlihatkan bagaimanakan kehidupan Black Widow sebenar. Lebih-lebih lagi dari segi emosi, hati, sejarah watak dan lebihan perwatakan. Kita boleh lihat bagaimana beliau berkasi dalam filem ini, kita boleh menikmati aksi Black Widow – iaitu seorang wanita dengan skil senjata hebat, skil pilot, skil pertahan diri yang luar biasa. Kita boleh lihat kelemahan di mana atau ada ke tidak sebenarnya.

Saya rasakan kalau kelak selepas Fantastic Four, tiba-tiba Marvel ingin hadir dengan filem sampingan lain yang menceritakan kisah solo, kisah asal-usul, sejarah atau ingin tutup plot-hole – tiada masalah pun untuk panggil kembali Scarlett Johansson, Robert Downey Jr. atau lain-lain lagi.

Kisah Sampingan Menutup Plot Hole

Filem Black Widow berlaku di garis masa di antara Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War. Kita tahu dalam Civil War beberapa adiwira telah ditangkap dan dipenjarakan di Raft. Tetapi Black Widow sahaja tidak ditengkap kerana berjaya melarikan diri. Filem ini memperlihatkan aktiviti Natasha Romanoff semasa melarikan diri daripada Thunderbolt Ross.

Walaupun tidak diminta oleh peminat untuk ketahui apa yang Black Widow lakukan di antara dua filem ini, ia agak menarik untuk melihat perjalanan watak ini diceritakan. Walaupun watak itu sendiri tiada lagi di masa hadapan, apa yang beliau lakukan di masa silam akan memainkan peranan dan diingati. Ia juga memberi pendedahan lanjut mengenai watak yang kita minati.

Versi filem dan komik hanya lebih kurang sama. Banyak yang Marvel dan Disney akan ubah agar filem boleh dipasarkan dan ditonton oleh lebih ramai orang. Dengan ada filem seperti ini, keluarga watak, sejarah watak, plot hole boleh dijelaskan dengan mudah. Filem seperti ini adalah filem nirmasa dalam fasa MCU atau perantara antara beberapa filem.

Bila-bila sahaja boleh disiarkan, di antara filem apa pun peminat boleh menerima kehadiran filem sebegini. Contohnya Avengers: Infinity War yang ada banyak watak dan lokasi. Ia sedikit serabut, tetapi dengan Disney+ atau filem seakan Black Widow plot hole dalam filem ini boleh dijelaskan dengan filem sampingan atau siri TV memfokuskan pengembaraan watak lain.

Harapan Cerah Watak Baharu

Filem solo biasanya akan ada watak baru yang kita tidak pernah lihat kewujudannya dalam filem utama lain. Dalam Black Widow, kita ada Yelena adik angkat Natasta, ada Red Guardian sebagai bapa angkat dan juga watak Melina sebagai wakil ibu. Kita juga ada watak pembantu Rick Mason yang dilihat membantu Natasha dapatkan pelbagai barangan, kenderaan dan lokasi perlindungan.

Yelena Belova lakonan Florence Pugh jelas sekali akan menjadi Black Widow baharu sepertimana Wyatt Russell menjadi US Agent seakan Captain America. Kita juga sudah ada Captain America baharu, ada Vision baharu, kelak kita akan ada She-Hulk, dan ramai lagi yang telah Marvel dedahkan.Setiap watak baru ini ada potensi untuk masa depan cerah seperti siri TV tersendiri, cameo dalam filem besar, filem solo tersendiri atau menjadi watak penting dalam filem-filem lain. Saya rasa kalau ada filem atau siri Red Guardian tersendiri pasti menarik.

Marvel boleh siap sedia watak-watak baharu ini untuk projek akan datang tanpa sebarang masalah. Kita pun tahu, Marvel pasti sudah selesai sesi penggambaran adegan penting untuk watak-watak baru ini muncul dalam siri TV atau filem lain. Lihat sahaja Captain Marvel, adegan kredit akhir pertemuan beliau dan ahli Avengers adalah 100% CGI. Kita tahu Marvel sudah boleh selitkan watak-watak ini bila-bila masa.

Untuk Yelena Belova, beliau dikhabarkan akan menjadi watak Black Widow baharu dunia MCU. Khabarnya beliau akan terlibat dengan siri TV Hawkeye akan datang. Kenapa Hawkeye? Anda perlu tonton adegan kredit-akhir filem Black Widow. Black Widow baharu boleh dikatakan menjadi watak gelap atau seakan Deadpool.

Jika untuk kepentingan sendiri protagonis pun boleh jadi, tetapi sebab dalam hati ada taman – jika demi keluarga, rakan atau dunia watak seperti ini boleh jadi antagonis. Lihat apa yang Marvel lakukan dengan watak Loki.

Cipta Dua Pasukan Khas, Wakil Siri TV & Wakil Filem

Selain itu, dengan Avengers sudah “tamat” dalam dunia MCU. Marvel boleh juga bersedia dalam mengumpul watak baharu untuk membina pasukan baharu Avengers. Mungkin sebelum Fantastic Four kita akan ada pasukan OG Avengers baharu sebelum semua berkumpul untuk filem besar seakan Endgame generasi akan datang.

Sekarang pun kita sudah ada banyak pasukan tersendiri, seperti pasukan Iron Man, pasukan Captain America, pasukan Guardians of the Galaxy, pasukan Ant-Man, kelak mungkin pasukan Spider-Man, mungkin Loki, Dr. Strange dan ramai lagi. Dengan WandaVision, siri TV Hawkeye, Iron Heart, watak dalam Iron Man 3, tidak dinafikan yang Marvel juga sedang membina pasukan remaja atau mudah Avengers. Dalam komik kita ada Young Avengers.

Antara watak yang sudah ada dalam dunia MCU yang sudah kita saksikan adalah Cassie Lang anak Ant-Man yang dikatakan akan menjadi Stature, Thomas dan William sebagai Wiccan dan Speed dalam WandaVision, Miles Morales yang sudah kita lihat pakciknya Aaron Davis bertemu dengan Spiderman, Harley Keener dalam Iron Man 3 dikatakan akan menjadi Iron Lad, Kate Bishop sebagai Hawkeye dalam siri TV akan datang, kita juga ada Kamala Khan sebagai Ms. Marvel, kita ada Riri Williams yang akan menjadi Iron Heart, kita akan ada Miss America dan baru-baru ini Kid Loki diperlihatkan dalam siri TV Loki.

Pasukan dewasa juga ada banyak ahli baharu yang dikatakan Dark Avengers adalah fokus baharu. Valentina Allegra de Fontaine lakonan Julia Louis-Dreyfus dikatakan adalah versi gelap Nick Fury. Pasukan ini juga mungkin dikatakan adalah pasukan di bawah Thunderbolt Ross. Ia adalah watak jahat dan anti-hero yang menjadi hero. Boleh kata seakan Suicide Squad?

Kita sudah ada Baron Zemo, US Agent, Yelena, Wanda, Abomination yang mungkin sudah boleh dikawal, mungkin Deadpool dan ramai lagi. Pasukan utama Avengers pula kita sudah lihat Sam Wilson sebagai Captain America baharu, kita ada, Vision baharu, Fantastic Four, dan ramai lagi kelak.


Jadi apakah pula pendapat anda? Patutkah Marvel Studios dan Disney hadir dengan lebih banyak filem solo seperti ini? Atau patut mereka pantaskan lagi kehadiran siri TV di Disney+?

Apa pun, selepas menonton filem Black Widow beberapa kali – apa yang boleh saya katakan adalah – filem seperti ini patut dibanyakkan lagi. Ia bukan sekadar kandungan untuk memuaskan peminat, tetapi filem yang diminati ramai fanatik diolah agar orang biasa boleh ditonton.

Black Widow adalah contohnya, di mana hanyalah filem perisikan/penyiasatan dan aksi klise dengan watak Marvel sahaja. Bukannya yang terbaik atau paling menarik. Tetapi untuk sebuah filem MCU selepas dua tahun tiada filem daripada mereka, ia adalah filem yang boleh diterima.

Sohor Kini