Skip to main content

Filem Ant-Man 3 sudah pun disahkan dengan mengekalkan pengarah yang sama dan dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2022. Seperti biasa, masih tidak banyak butiran mengenai filem ini kerana ia masih lama lagi untuk tiba. Malah penggambaran juga masih belum dimulakan lagi.

Terkini, terdapat informasi dari Deadline yang mana musuh utama dalam filem ini berkemungkinan besar adalah Kang the Conqueror. Pelakon baru yang sudah disahkan akan menyertai Paul Rudd dan Evangeline Lily adalah Jonathan Majors. Jonathan dikatakan akan memainkan watak yang penting dan menurut sumber watak itu adalah musuh utama.

Dalam komik, Kang the Conqueror makhluk yang boleh merentas masa dan pernah bertempur dengan ramai ahli Avengers. Dengan filem Ant-Man sudah memperkenalkan konsep rentas-masa dan Quantum Realm, tidak dinafikan yang filem ini akan menggunakan kembali tema yang sama. Tetapi ada kemungkinan juga yang watak ini akan memainkan peranan berbeza. Turut tidak pasti adalah, adakah Kang the Conqueror ini akan menjadi musuh utama dalam francais MCU? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply