Loki Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Loki adalah siri TV Disney+ paling popular setakat ini. Ini kerana watak Loki, a.k.a Dewa Pengkhianat lakonan Tom Hiddleston digemari oleh ramai orang. Seperti yang kita tahu, Loki adalah siri TV yang hanya mempunyai enam episod. Satu episod adalah lebih 30 minit dan hari ini – 14 Julai adalah hari episod akhir disiarkan.

Episod akhir ini memberikan satu kejutan yang tidak disangka, Marvel akan dedahkan begitu awal. Ada teori peminat tepat, ada teori yang terus boleh dicampak ke dalam tong sampah. Kita boleh nampak yang siri TV ini mungkin akan berkait dengan Spider-Man: No Way Home dan juga Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Apa-apa pun, pada penghujung episod – siri TV ini disahkan akan kembali dengan musim kedua. Ia mungkin akan disiarkan selepas Dr. Strange 2 kelak. Mungkin selepas huru-hara pelbagai watak daripada pelbagai garis masa lain atau dunia lain masuk ke garis masa MCU. TVA mungkin masih berguna. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini