Loki telah tamat semalam dengan episod keenam. Penghujung siri TV juga mengesahkan yang Loki akan kembali untuk musim kedua. Masih banyak watak menarik belum dipersembahkan pada kadar yang memuaskan, jadi mungkin Variant Loki yang lain ini kita aan lihat mereka beraksi dam musim akan datang.

Menurut Hollywood Reporter, episod akhir loki bukan sahaja penamat kepada siri TV ini. Tetapi juga merupakan permulaan untuk filem-filem baharu MCU akan datang. Walaupun Marvel belum sahkannya lagi, episod akhir dikatakan adalah permulaan bagaimana Spider-Man: No Way Home berlaku. Disebabkan siri TV Loki, pelbagai watak dar dimensi lain boleh masuk ke MCU.

Loki juga dikatakan punca kepada apa yang bakal berlaku dalam filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness. Watak yang didedahkan dalam episod akhir Loki juga mengesahkan Variant dri beliau akan muncul, yang mana kita tahu adalah musuh utama Ant-Man akan datang – Kang The Conqueror.


