The Infromation telah melaporkan yang Netflix sedang mencari eksekutif untuk mengetuai bahagian yang akan memfokuskan kepada permainan video. Laporan tersebut mengatakan yang Netflix mungkin akan menawarkan langganan seakan Apple Arcade untuk kandungan permainan video mereka.
Berdasarkan kenyataan diberikan oleh Netflix kepada Polygon, mereka mengatakan yang pelanggan Netflix sentiasa menghargai kepelbagaian dan kualiti kandungan dan mereka juga suka berinteraksi secara terus dengan cerita yang mereka gemari seperti kandungan interaktif Bandersnatch, You v. Wild ataupun permainan video berdasarkan siri seperti Stranger Things, La Casa de Papel dan To All the Boys. Oleh itu mereka sentiasa mencari cara untuk menambah kandungan hiburan interaktif.
Sebagaimana penerbit-penerbit permainan mempunyai IP untuk dijadikan sebagai filem ataupun siri TV, Netflix juga mempunyai pelbagai IP untuk dijadikan permainan video oleh itu tidak mengejutkan jika mereka ingin memperluaskan penawaran mereka termasuk juga melibatkan permainan video tersendiri.


