Dua tahun lepas, Ryan Reynolds telah mengesahkan filem Deadpool 3 akan dihasilkan oleh Marvel Studios. Filem ini akan ditulis oleh Ryan Reynolds sendiri bersama dengan Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin (penulis siri animasi Bob Burger’s). Pengarah filem ini masih kekal misteri, kerana David Lietch (pengarah filem Deadpool 2) tidak lagi menjadi pengarah.

Deadpool 3 juga sudah disahkan adalah filem MCU baharu dan akan menjadi filem MCU pertama dan mungkin terakhir mempunyai pengkadaran “R, Rated” atau “18/18+”. Terkini Ryan Reynolds telah hadir dengan video baharu memperlihatkan hubungan/kaitan watak beliau dengan MCU.
Video ini memperlihatkan Deadpool dan Korg, iaitu watak daripada Thor: Ragnarok dan turut muncul dalam Avengers: Endgame. Deadpool adalah selebriti penstriman yang sedang melakukan video reaksi kepada video acah filem Free Guy. Seperti biasa Deadpool dengan kebolehan memecahkan dinding dimensi keempat (break the 4th wall) menyedari watak Guy adalah lakonan Ryan Reynolds, iaitu diri beliau sendiri yang sedang melakonkan watak Deadpool.
Filem seperti yang semua sedia maklum adalah filem lakonan Ryan Reynolds sendiri. Filem ini juga ada penampilan Taika Waititi, iaitu pelakon Korg yang turut memberi reaksi kepada watak Antoine (lakonan Taika Waititi). Sejak Disney membeli Fox dan pandemik berlaku, filem ini kerap ditunda dan kini nampaknya 13 Ogos adalah tarikh akhir rasmi ia mula ditayangkan.

Deadpool turut bertanya kepada Korg bagaimana untuk masuk ke MCU. Tetapi jawapannya adalah hanya dalam mimpi. Disney sudah mula menggunakan Deadpool dan watak MCU untuk mempromosikan filem 20th Century Studio mereka. Mungkin info lanjut filem Deadpool 3 akan muncul tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.