Akhirnya, selepas sekian lama menanti mengenai berita Deadpool 3Kevin Feige telah mengesahkan beberapa perkara mengenai filem ini. Deadpool adalah francais filem dan watak Marvel paling berjaya dari Fox. Sejurus selepas Disney mengambil alih Fox, berita Deadpool menjadi sepi.

Ramai juga yang risau, filem Deadpool yang ganas jikalau diuruskan oleh Disney/Marvel adakah ia akan berubah menjadi filem PG-13? Dalam perbualan antara Collider dan Kevin Feige, Kevin menjelaskan yang Deadpool 3 akan memasuki dunia MCU. Kemudian yang paling menarik, Deadpool 3 akan kekal menjadi filem yang ganas dengan pengkadaran “R” atau “18+”.

Filem Deadpool 3 masih dalam pembangunan. Sekarang masih di fasa penulisan skrip oleh pasangan penulis Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin (penulis siri animasi Bob Burger’s). Selepas lebih setahun Ryan Reynolds mengesahkan filem ini akan dihasilkan oleh Marvel Studios dan dilaporkan akan tiba lewat – Kevin Feige menyatakan penggambaran hanya akan bermula seawal 2022. Ini bermakna filem mungkin ditayangkan seawal 2023.

Tetapi, mengenali Disney dan Marvel Studios yang gemar menyertakan watak penampilan khas – Deadpool mungkin akan muncul dalam mana-mana filem atau siri TV MCU sebelum filem Deadpool 3. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini