Apple telah mengumumkan yang Leo’s Fortune, Jetpack Joyride dan INKS antara permainan mudah alih yang akan disertakan di dalam Apple Arcade. Leo’s Fortune merupakan permainan sidescroller yang dibangunkan oleh 1337 dan dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi. Ia diperbaharui untuk pelancaran di Apple Arcade pada 25 Jun ini.

Satu lagi permainan yang akan tiba minggu ini adalah INKS iaitu permainan pinball oleh State of PLay yang dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi. Apple Arcade juga baru-baru ini menerima permainan Game Dev Story iaitu permainan simulasi pengurusan studio pembangunan permainan video.

Manakala Jetpack Joyride akan dilancarkan untuk Apple Arcade tidak lama lagi, ia adalah permainan yang dikeluarkan oleh Halfbrick dan merupakan satu permainan popular sejak dilancarkan pada tahun 2011 lepas. Halfbrick sebelum ini juga telah melancarkan permainan susulan iaitu Jetpack Joyride 2.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini