Pada tahun 2011, Halfbrick Studios hadir dengan permua Jetpack Joyride untuk iOS. Ketika ini iPhone sedang menarik perhatian orang ramai dan orang ramai juga sedang berjinak dengan telefon pintar. Selepas setahun permua ini dilancarkan, permua ini tiba ke platform Android.
Terkini selepas 11 tahun, Halfbrick Studios hadir dengan sekuel untuk permua ini iaitu Jetpack Joyride 2: Bullet Rush. Seperti versi pertama, ia masih lagi permua dengan bentuk permainan lari tanpa henti. Kemudian, sambil “berlari”, syiling perlu dikumpul dan perlu mengelak pelbagai halangan Untuk sekuel, Halfbrick menambah sokongan tembak-menembak pula.
Pemain perlu kekal melompat dan mengelak pelbagai halangan dan mengekalkan cara bermain yang sama. Turut disertakan adalah pusingan bertempur dengan Boss. Permua ini turut mempunyai belian dalam aplikasi, yang mana menjual barangan pada harga RM2.99 – RM19.99 sahaja. Buat masa ini permua ini hanya ditawarkan ke pengguna Kanada, Australia, dan New Zealand sahaja. Ia ditawarkan untuk Android dan iOS.
[download] Muat Turun Jetpack Joyride 2: Bullet Rush Di Play Store [/download] [download] Muat Turun Jetpack Joyride 2: Bullet Rush Di App Store [/download]