“Polis entry one two jaga, Polis mati, Pencuri jaga” adalah lagu yang sudah semestinya dikenali ramai. Ia adalah permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak suatu ketika dahulu, mungkin juga sekarang (?). Bagi anda yang sudah berusia, mungkin tidak ‘sesuai’ untuk terus bermain, tetapi bagaimana jika ia dijadikan sebagai satu permainan video?

Itulah yang Studio Kamii iaitu studio permainan video tempatan sedang bangunkan, melalui permainan Police Sentri mereka cuba membawa konsep ini sebagai satu permainan multi-peamin. Jika anda ingin mencuba, ia sudah-pun dilancarkan secara akses awal untuk Android dan juga PC (melalui itch.io dan gamejolt).

Konsep permainan ini adalah sepertimana insipirasi untuknya iaitu pemain akan dibahagikan kepada 2 pasukan iaitu polis dan pencuri. Polis perlu mengejar pencuri untuk memasukkan mereka ke dalam penjara, manakala pencuri pula perlu membawa lari kantung duit dan mereka juga boleh menyelamatkan rakan pencuri dari penjara.

Studio Kamii sebelum ini turut hadir dengan permainan ToGather: Island iaitu permainan seakan Minecraft dan juga Stardew Valley.

Sumber: Amanz

Sohor Kini