Ketika E3 bulan Jun lepas, Studio Kamii dan Todak Studio iaitu studio pembangunan permainan video tempatan telah berkongsi trailer pengumuman untuk permainan mereka ToGather: Island.
Minggu ini, permainan tersebut hadir secara akses awal di Steam dan ia boleh didapati dengan harga RM32 bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut lebih awal dan melibatkan diri di dalam pembangunan.
Bagi bentuk permainan ia adalah gabungan permainan Minecraft, Stardew Valley dan Don’t Starve. Ia dibangunkan pertama kali sebagai permainan mudah alih, namun untuk mengembangkan lagi konsep permainan ini ia kini dibangunkan untuk PC.
[info]Steam: ToGather: Island[/info]


