Pihak 11 bit studios mengumumkan bahawa permainan video Frostpunk 2 telah berjaya mencatatkan angka jualan melebihi 1 juta unit. Perkembangan ini berlaku selari dengan pelancaran kandungan DLC kedua permainan tersebut yang dinamakan Breach of Trust pada 23 Jun lepas.
Dalam DLC “Breach of Trust”, pemain akan diperkenalkan dengan sebuah bandar baharu yang dikenali sebagai New Edinburgh. Kandungan ini membawakan naratif yang memfokuskan kepada elemen ketegangan politik serta penambahan mekanik baharu melibatkan gunung berapi.
Pihak pembangun turut menyatakan bahawa sokongan untuk permainan ini akan diteruskan dengan beberapa rancangan lain yang bakal diumumkan pada masa hadapan. Frostpunk 2 boleh didapati untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.


