Apple TV+ sudah mula memfokuskan kandungan bahasa asing, selepas kejayaan Netflix, dan Paramount+ yang mula mengumumkan akan fokus kepada bahasa asing. Apple TV+ disokong di banyak negara, tetapi kebanyakan kandungan adalah bahasa Inggeris.

Terkini, Apple dilaporkan akan hadir dengan siri TV Korea tersendiri berdasarkan webtoon Dr. Brain. Lee Sun-Kyun akan menjadi pelakon utama pengarah A Tale of Two Sisters dan I Saw The Devil akan mengarah k-drama ini. Samuel Yeunju Ha, Ham Jung Yeub, Daniel Han, Joy Jinsoo Lee dan Min Young Hong akan terbit, melalui Studioplex iaitu studio di sebalik siri TV Netflix Snowpiercer. Studio ini juga adalah milik YG-Entertainment.
Dr. Brain mengisahkan seorang saintis otak yang mempunyai obesesi terhadap teknologi berkaitan dengan kesedaran dan memori dari dalam otak. Keluarga beliau menjadi kucar-kacir apabila terlibat dengan kemalangan misteri. Dengan menggunakan kepakaran beliau, beliau cuba akses memori mendiang isteri untuk merungkai misteri.
Senarai pelakon penuh, sinopsis dan tarikh siaran masih belum diumumkan lagi. Sama-sama kita nantikan.