Kebanyakan siri TV atau filem Korea Selatan di Netflix adalah siaran semula sahaja dari saluran-saluran televisyen dari negara sana. Antara siri TV Netflix Originals adalah Kingdom iaitu zombi di zaman Dinasti Joseon dan filem zombi #Alive. Filem #Alive meraih populariti yang agak baik dan Netflix terus hadir dengan lebih banyak kandungan Netflix Originals Korea, seperti Sweet Home.

Baru-baru ini menurut Deadline, Minyoung Kim, Naib Presiden Kandungan Korea, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand mengumumkan yang pelanggan berbayar pengguna Korea Selatan telah mencapai 3.8 juta pada penghujung tahun 2020. Ia adalah sekitar 2% dari lebih kurang 200 juta pelanggan Netflix.
Dengan kejayaan ini, Netflix mengumumkan akan membelanjakan $500 juta, iaitu sekitar RM2 bilion untuk menghasilkan lebih banyak kandungan Netflix Originals Korea. Antara filem baru yang diumumkan adalah Moral Sense dan Carter. Kemudian siri TV Hellbound.
Moral Sense
Ia adalah filem daripada Park Hyun-jin. Filem ini memfokuskan seorang pekerja pejabat yang kemas, bergaya atau lebih mudah – nampak kaya ada hobi yang aneh. Sehinggalah suatu hari rakan sekerja wanita beliau terbaca satu mesej – dan rahsia terbongkar. Seakan Fifty Shades of Grey dengan twist tersendiri?
Carter
Jung Byung-gil adalah pengarah filem ini. Ia adalah filem dengan gaya seakan satu adegan dengan satu potongan – mengisahkan seorang lelaki yang bangun dari motel dan mendengar suara dari telinga. Suara ini menggelar beliau sebagai Carter dan mengarahkan untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan. Misteri dan pelik?
Hellbound

Pencipta filem hebat Korea – Train To Busan iaitu Yeon Sang-ho hadir dengan siri TV Hellbound. Ia mengisahkan seorang peguam bijak yang menentang New Truth Church dan pengikut ekstremis Arrowhead.

Selepas filem Korea Selatan Parasite menjadi filem terbaik dalam Anugerah Oscar, yang mana melakar sejarah anugerah terbesar di dalam industri filem di Amerika Syarikat dan juga global. Orang ramai mula menghargai dan memberikan sokongan terhadap siri TV dan filem dari negara ini.
Tiada tarikh lagi untuk semua ini, tetapi sama-sama kita nantikan.