Pada tahun 2018 lepas, Netflix telah mengumumkan yang mereka akan menerbitkan siri aksi nyata berdasarkan Avatar: The Last Airbender, berbeza dengan filem yang dihasilkan oleh M. Night Shyamalan, pencipta asal iaitu Michael Dimartino dan Bryan Konietzko akan melibatkan diri dalam penghasilan siri tersebut.
Namun, hari ini satu berita yang mengecewakan telah dikongsi oleh Michael Dimartino sendiri iaitu beliau dan Bryan Konietzko tidak lagi terlibat dengan siri tersebut dan mengatakan perbezaan idea sebagai punca utama keputusan tersebut.
Beliau juga mengatakan siri yang akan diterbitkan oleh Netflix mungkin adalah baik dan akan disukai oleh penonton, tetapi sesuatu yang pasti ia bukanlah visi yang diinginkan oleh mereka.
Netflix melalui kenyataan yang diberikan kepada The Verge, mengatakan yang walaupun Michael dan Bryan mengambil keputusan untuk meninggalkan projek tersebut tetapi mereka masih percaya dengan pasukan untuk siri ini.
Siri aksi nyata ini diterbitkan oleh Nickelodeon dan Dan Lin sebagai penerbit.